Friday 4 March 2011

CyNtA N CoNtRoVeRcyNyA





"Tanamlah sebatang pohon cinta
yang berdaun kesetian
berbunga ketulusan
berakar kejujuran
siramilah dengan kasih & sayang
pupuklah dengan kepercayaan
cinta bukanlah matematika yang bisa di hitung
cinta bukanlah ekonomi yang kadang untung dan rugi
tanpa cinta kita takan menjadi seperti ini"






assalamualaikum....
mr ash kembali dengan controvercy terbarunya...hehe..CINTA..?? kalau dibicara tentang cinta..warna pelangi tidak mencukupi untuk mencoretkan potrait tentang CINTA..adakah mr ash bercinta..??..haha..tidaklah saya berCINTA...hanya timbul perasaan untuk bercherita tentang CINTA..haha..


"Aku mengabdi kepada Allah bukan kerana takut kepada neraka, bukan pula ingin masuk syurga.. tetapi aku mengabdikan diri kerana cintaku dan rinduku padaNya. Tuhanku jika kupuja Engkau kerana takutkan neraka bakarlah aku di dalamnya. jika kupuja Engkau kerana mengharapkan syurga jauhkanlah aku daripadanya, tetapi jika Engkau ku puja semata-mata kerana Engkau maka janganlah sembunyikan kecantikanMu yang kekal dariku.” 
-Rabi'atul Adawiyah-


bila direnung kembali...kepada siapakah kita harus berCINTA..haha..adakah CINTA hanya terhad kepada insan bernama kekasih..adakah CINTA hanya terhad kepada insan yang bergelar awex..owh...dunia...come on la...bagaimana cinta kita kepada ilahi..?? bak kate orang perak pikiokan le yeop n yeong...

sahabat sekalian..lihatlah betapa agungnya rabi'atu adawiyah mengagunkan cintanya kepada ALLAH yang menciptakan perasaan cinta...dan kepadaNYA kita harus bercinta..tetapi manusia kini kian alpa diulit nikmat sementara...baru berCINTA dah merabe-rabe...itu tande sayang..mula-mula ringan la..lama-lama jangan cerita la...haha..memang penuh la sekolah mengandung...hak2..



"Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah."





bila berbicara tentang CINTA semua fasih bertkata-kata..lancar bermadah..sampai tidak tergulung lidah..hehe termasuklah mr ash sendiri..tapi bagaimana untuk mendapat CINTA yang terunggul..?? itu persoalan yang selalu timbul..

untuk mendapat cinta yang sejati n ikhlas lagi murni...bercintalah dengan manusia yang mencintai ALLAH yang meciptakan segalanya...

 Sabda Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah 
ialah mencintai kerana Allah dan membenci 
kerana Allah

 Riwayat Ahmad

 

berpasangan dan berCINTA adalah naluri n nafsu...otak yang mengawalnya..jika dibiarkan CINTA yang bernafsu menawan manusia..kelak akan binasa.. nescaya akan diburu penyesalan sepanjang hidupnya...

bila bercherita tentang CINTA haha..mula la hati berbunga-bunga...muka rock kapak bertukar jadi rock jiwang..hehe..tetapi apa-apa pown biarlah hati dan wajahmu semanis kek bluberry buatan ketulusan jiwamu..

“Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih dilaut” 
(H.R. Tabrani)

wahai teman...bersahabat lah kita kerana ALLAH...bercinta la kita kerana ALLAH..lakukan segala perbuatan kerana ALLAH...renungkanlah hadis di atas...

wahai sahabat carila CINTA yang boleh menggugurkan dosa..perangilah nafsumu dengan menggunakan tentera akal..agar nafsu tidak bermaharajalela di dalam tubuhmu...tidaklah mr ash ingin sahabat-sahabat sekalian menikmati kesenangan dan kebahgiaan sementara..bahkan mr ash mahu sahabat-sahabat sekalian mengecapi kebahagiaan yang selamanya...
sekian~~

3 comments:

  1. nice language,,,although seems like spontaneously n rilex...
    but full of information...

    thumbs up!~

    ReplyDelete