Wednesday 16 January 2013

Tinggi-tinggi gunung kinabalu (part 2)

jam 3.30 pagi, rombongan LOCUS dari CFSIIUM petaling jaya menjejakkan kaki di LCCT. kami bersama memunggahkan barang dari isi perut bas. aku tersenyum melihat wajah mereka yang bangkit dari lena yang singkat. haha. betul kata orang tua, "kalau nak lihat kecantikkan sebenar seorang wanita, lihat ketika dia bangkit dari tidurnya". itu bagi perempuan. haha.

aku yang hanya berjaga ditemani lampu malam di sepanjang perjalanan, masih segar dibuai dengan meeting, packing barang, ambil borang, cari sponsor dan bermacam lagi. babak lucu di dalam perjalanan ini terlihat, apabila aku ketawa berdekah-dekah dek dialog hashim nawwaf dengan muiz.

"abang tekan dahulu troli ini, baru boleh jalan" agak serius muiz mengajat hashim. " owh yeke?" sambil senyum tersipu malu. hahaha.kalau lah dialog ini boleh dijadikan punchline.

makanan diedarkan, yummy !!. nasi goreng lauk ayam goreng. perghhhhhh. makanan memang menyelerakan. tetapi, suasana keliling. "arghhhh pedulikan, perutku yang tough ini sudah kelaparan" getus hatiku. menikmati nasi goreng bersama kopi o ikat tepi. perghhhh.

bukan kami sahaja yang duduk seperti pengemis jalanan di LCCT, bahkan ramai lagi, ada yang tidur, ada yang lepak depan tv. ada yang senda gurau, dan ada yang berdiskusi, seperti aku. semuanya berjalan lancar seperti yang tercatat dalam master plan. check in luggage selesai.

"woiii ni IC sape muke macam kanak2 ribena" berdekah-dekah kami ketawa sambil melihat IC solihin. kahkahkah. jika dibandingkan mukanya didalam IC dengan wajahnya sekarang ini, bak langit dan bumi.

tepat jam 6.03 pagi kami solat subuh secara berjemaah, alhamdulillah jangkaan kami tepat pada masanya. master plan masih lagi terkawal. tiba masanya untuk menaiki pesawat.

"weyhh don boarding pass aku mana? aku letak sekali dengan roti dalam beg hang tadi" agak kalut solihin tanya don. haha. "weyh hangpa jangan main2 time camni" sambung solihin. "hang letak mana weyhhh, aduiii jammed panaih lagu nih" kata aku sambil ketawa melihat solihin kalut. "pi cari kat tandas, jom!!" ajak don.

aku berlalu pergi untuk menaiki pesawat, on the way nak naik pesawat aku  memriksa beg aku. ciskekkk sekali boarding pass dia ada dalam beg aku. pantas mengeluarkan baby J aku then call don. "weyhhh, boarding pass solihin ada kat aku" jerit aku dalam telefon kerana bunyi pesawat agak kuat. hahaha

adib, solihin, fadhil dan don. perghhhhh masih terasa kepenatan berlari ke platform yang hujung sekali. arghhhhhhhh. "penat siot!!!" jerit aku kepada don. kepenatan itu diubati dengan senyuman pramugari air asia.

aku terkesima, dalam hati "mengapa dia senyum dekat aku?" "adakah aku kacak?" pelbagai persoalan timbul di dalam benak hati. "arghhhhhhh lupakan sahaja" aku bermonolog.

tepat pada masanya kami pon terban~


aku ketika berada di LCCT. abam edward dah nak sampai


sesi menunggu penerbangan. haha

 
sayap air asia, yang membawa diri ini berjumpa dengan adik2 smaim

ketika perjalanan ini sempat ku nukilkan sebuah puisi untuk sahabat2.

wahai bumi di bawah bayu,
aku hadir untuk menyegarkan yang layu,
membajai diri anak jati tanahmu,
wahai bumi di bawah bayu,
walaupun aku yang kau tak kenali,
aku selalu memerhatikanmu,
tersergam indah kinabalu kau dianugerahi,
wahai bumi dibawah bayu,
biarpun aku yang asing,
aku selalu memikirkanmu,
ku percaya pada frasa "berbuat baik kepada sesiapa sahaja"
terimalah kehadiranku wahai KINABALU


1 comment:

  1. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 67
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete