Monday 9 May 2011

kaSiHkU uNTUK kaum HaWA

Wahai saudaraku kaum perempuan….
Tak kesahlah kau rupawan atau peragawan,
Kau agamawan mahupun pahlawan,
Jangan diletak gambar yang bukan-bukan,

Kerna lelaki itu fikirannya luar jangkauan….
Simpanlah gambar itu buat kenangan,
Semoga suami rasa keberuntungan…

 Ada yang bertanya,
 “Berdosa ke saya kalau ada orang tengok gambar saya masa kecik-kecik?
Zaman sudah semakin maju, pelbagai kecanggihan teknologi telah meresap ke dunia manusia. Tetapi satu kelemahan teknologi adalah ianya tidak ditetapkan hukum yang tetap halal dan haram. Boleh jadi halal dan bermanfaat, boleh jadi juga haram dan bermudharat.
 Saya pernah melompat-lompat blog (blog jumping ke apa ntah istilah dia, maaf dewan bahasa dan pustaka. Hehe..) dan terjumpa seorang pemilik blog yang berpurdah.

Barangkali beliau hanya memakai purdah untuk satu gambar itu sahaja, tetapi beliau seorang yang suka menulis tentang nasihat-nasihat dan bertudung.
 Namun malangnya, saya telah ‘berjaya melihat’ jenis rambut dan kulit beliau.
 HANYA DARI SEKEPING GAMBAR BELIAU KETIKA BERUMUR SEKITAR 5 TAHUN.

 Seorang muslimah, sudah berjubah….
 Seorang muslimah, sudah berakhlak indah…
 Seorang muslimah, sudah beraqidah…
 Tetapi membiarkan ‘aurat’nya dibuka dan dipamer ‘seluruh negara’….

 LELAKI, TUNDUKKANLAH PANDANGAN….
 PEREMPUAN, JANGANLAH DIPAMER-PAMERKAN….

  Dialog pilihan…..
 “Aku gemuk tak sekarang?”, tanya seorang perempuan kepada teman sekelasnya SANG LELAKI.“Taklah. Manada ko gemuk, ok je aku tengok….”, jawab sang lelaki TANPA MELIHAT perempuan tersebut DARI ATAS SAMPAI BAWAH.

 Hati saya tidak senang. Saya membuka beberapa facebook para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang merantau jauh dari tanah air. Cumanya ada beberapa facebook yang membuatkan muka saya ketat lagi kelat. Ketat kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah. Saya tidaklah kisah sangat andai yang membuat tayangan itu mereka yang tidak bertudung. Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum. 

Apatah lagi kalau orang boleh ‘grab’ tanpa izin.
 Saya menjadi kesal dan terlalu ghirah kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup dan lebih-lebih saya kesalkan mereka yang berniqab juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini bukan kerana ingin memalukan mereka, tetapi saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.

 Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :

" comelnya awak”
“ geramnye..cantik”
 “ aduhai, lawanya mata"
  Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, uhh, jangan dinafikan perasaan ini. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar.
 Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi yang berniqab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah. Maafkan saya jika ingin saya katakan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya!

Wanita Muslimah..Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ dan terpaksa saya beristighfar apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apa saya boleh buat, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.

 Akhir, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah diri, jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian.....

Fikir2lah wahai bakal ummu Mujahidah... Kepada para lelaki..Anda bertanggungjawab terhadap semua ini kerana anda adalah LELAKI
 Pesan AMDK "Privatekan aje pic2 kite tu tok org2 YANG HALAL MELIHATMU..

4 comments:

  1. assalam

    memang sungguh unik sekali intipati yg anta tulis ini~sangat menarik...tersentuh jiwa apabila membacanya...

    very2 awes0me~!!

    ReplyDelete
  2. masayaallah betapa hinanya diri seorang insan seperti aq.... betapa tingginya dosa ku??? ya ALLAH ampunilah dosa ini... seandainya kau tidak mengampunkan dosaku ini...nescaya aq insan yang sangat rugi... nauzubillah.....

    ReplyDelete