Tuesday, 15 January 2013

Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu (part 1)

"sorang bace doa !!" jerit rahman ketika berada di dalam bas. maka terdirilah hashim nawwaf membacakan doa diikuti dengan sahabat2 yang lain menadah tangan dengan penuh kekhusyukan seakan-akan kami pergi tidak akan kembali. hati dan perasan  berbaur dengan campuran perasaan, suka, risau, takut, gembira , gelabah dah bermacam lagi.  aku seperti dapat membaca hati dan perasaan mereka. brothers seperti menantikan bidadari sabah. manakala sisters seakan2 terbayang beg yang berbondong-bondong yang mereka bakal bawa pulang. haha

di suatu sudut di dalam bas IIUM aku termenung seketika, rasa tak percaya setelah penat lelah MEREKA berkorban untuk merealisasikan BAKTISISWA ini atau lebih dikenali sebagai LOCUS, akhirnya kami sudah berada di KLIMAKS perancangannya. ketika ini Fadhil sebagai supreme chief nampak tenang mengawal keadaan. sepertinya dia WALK THE TALK. semuanya berjalan seperti yang telah diaturkan didalam MASTER PLAN. ALHAMDULILLAH

dari sudut pandangan jendela bas, aku melihat betapa bertanggungjawabnya zulfahmi menjalankan tugas sebagai head biro katering, tiba2 hatiku terasa pedih, seakan selumbar berada di dalam daging. "arghhhhhhhhhh" aku mengerang keseorangan. bukannya sakit pada zahirnya. tetapi terbayang akan diriku ini sebagai seorang ASISSTANT kepada abdul rahman.

"adakah aku bertanggungjawab ?" mula mencari di mana salahnya diri aku ini, diriku mula untuk bermonolog . suasana sunyi bertukar riuh sejurus firdaus mengambil tempat di sebelahku. aku lebih selesa memanggil firdaus dengan panggilan don. nampak agak lucu tetapi mukanya seiras muka ustaz don danial.

sepanjang perjalanan ke LCCT aku berborak dengan don. hampir setiap perkataan yang dikeluarkannya boleh menjadi punchline kepada kami. walaupun begitu sebagai seorang HEAD kepada biro pub pro beliau amat serius dalam menyiapkan kerjanya. " don hang dah siapkan video presentation ka blom?" tenang aku soal don. "blom" dengan SLUMBER don menjawab.

lampu-lampu jalan menemani aku termenung sepanjang perjalan. ada ketika aku terlelap dengan suasana yang agak bosan. mengenangkan diri ini yang tidak layak berada di dalam bas pada ketika itu kerana masih mencari  "DIMANAKAH SUMBANGANKU TERHADAP PROGRAM INI"



                                                             don aka firdaus
~

1 comment: