Sunday, 9 October 2011

aku mencari.

hidup.
semua orang nak bahagia.
hidup
semua orang nak dilimpahi dengan nikmat.
Kebahagiaan hidup di dunia dapat dirasai ketika di dunia
 tetapi kebahagiaan akhirat hanya Allah saja yang tahu.
 Termampu kita lakukan di dunia ini ialah
 berusaha mendapatkan kebahagiaan itu dengan cara melakukan
 dan mengerjakan amalan diperintahkan 
dan menjauhi larangan Allah.
Amalan dilakukan itu hendaklah dengan hati yang ikhlas 
semata-mata kerana Allah.
 Kita hanyalah hamba-Nya yang serba lemah dan daif.
 Kita merindui syurga di akhirat. 
Itulah sebenar-benarnya kebahagiaan bagi kita umat Islam.

Amalan yang dapat menghantar seseorang itu menikmati syurga Allah adalah
 keimanan yang benar dan keyakinan kuat kepada Allah
 dan janji-Nya serta melaksanakan segala perintah-Nya
 tanpa ada keraguan sedikit pun seperti terlihat pada Khalifah Abu Bakar dan Umar.

Abu Said Al-Khudri meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

 “Sesungguhnya penghuni darjat yang tinggi itu, orang yang berada di bawah mereka akan melihat mereka seperti kalian melihat bintang yang terbit di ufuk langit. Sesungguhnya Abu Bakar dan Umar termasuk daripada kalangan mereka serta keduanya diberi nikmat lebih.”

Takut, tawakal, sabar, sembahyang, mengumandangkan azan atau menjawab azan, puasa Ramadan dan sembahyang tarawih, berdakwah di jalan Allah, membaca al-Quran, cinta kepada Allah dengan menjauhi kemungkaran dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Syurga itu mempunyai tingkatannya. Semakin tinggi tingkatannya, maka semakin luas dan banyak pula kenikmatannya. Tidak salah hari ini kita merindui syurga, akan tetapi merindui saja tidak memberi apa-apa makna jika tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
Merindui syurga adalah cita-cita tertinggi seorang mukmin sejati. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
 “Apabila kamu meminta kepada Allah, maka mintalah syurga Firdaus sebab ia adalah pertengahan syurga dan tempat yang paling tinggi di syurga.” (Hadis riwayat Bukhari, Termidzi dan Ahmad)

masih mencari bro.
hidup.
bukan boleh selalu bahagia.
ujian sentiasa melanda.
taatlah kepada tuhan
yang menciptakan.
bersyukurlah dengan 
apa yang
dikurniakan.

No comments:

Post a Comment