Friday, 15 April 2011

DoA KeKuAtAn uMaT IsLAm

Diriwayatkan Nabi Musa a.s telah melihat seorang lelaki mengangkat tangannya berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT. Melihat peristiwa itu, Nabi Musa mengadu nasib lelaki itu kepada Allah, “Wahai Allah, hambamu ini memohon kepadaMu supaya dikasihani akan dirinya kerana engkaulah yang amat mengasihani dari segala kasih, apakah yang telah lakukan kepada hajatnya itu?”. Allah memberitahu kepada musa, “ Wahai Musa, kalau dia mengangkat tangannya sehingga putus sekalipun, aku tidak akan memenuhi hajatnya  sehingga dia sendiri memenuhi hak-hak aku”.
Menurut satu lagi riwayat, Ketika Ibrahim bin Adham seorang ahli sufi berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada seorang lelaki yang bertanya kepadanya, “mengapakah doa kami tidak dimakbulkan Allawa SWT, padahal kami selalu berdoa kepadanya”. Jawab Ibrahim bin Adham, “ini kerana hati kamu semua buta disebabkan oleh sepuluh perkara”.
Pertama: Kamu mengenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan suruhannya.
Kedua: Kamu menyangka kamu cintakan Rasulullah SAW, tetapi kamu meninggalkan  sunnah.
Ketiga: Kamu membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan isi kandungannya.
Keempat: Kamu telah makan nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
Kelima: Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
Keenam:kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
Ketujuh: Kamu telah berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak menjauhinya.
Kelapan: Kamu telah berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
Kesembilan: Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa akan keaiban diri sendiri.
Kesepuluh: Kamu kebumikan mayat saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada kematian mereka.

Rasulullah juga bersabda, “tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu imam (pemerintah) yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi yang diangkat doanya oleh Allah tanpa ada sebarang kabus pada hari akhirat dan dibukakan pintu-pintu langit dan Allah berfirman, “demi dengan kemuliaanku, aku akan member kemenangan kepadamu walaupun selepas satu jangka masa” – Riwayat Ibn Majah dan Al-Tirmizi.
Kata Dr Yusuf Al-Qardawi, “aku ditanya oleh seorang sahabat, sesungguhnya pada setiap tahun  berhimpun di Arafah dan Tanah Suci dalam keadaan bersih, berfawaf di Baitullah dengan rasa kehambaan diri kepada Allah SWT, mereka berlari-lari anak antara  bukit Safa dan Marwah dengan penuh zikir, mereka berdiri di Arafah sambil menyebut talbiyah dengan penuh khusyuk sambil membersihkan diri mereka dari perhiasan dunia dan keindahannya. Semua mereka itu menyeru Allah SWT akan dimenangkan hak ke atas seteru-seteru mereka, memulangkan putar-belit ke atas diri mereka sendiri, mengembalikan panahan-panahan beracun mereka ke atas diri mereka dan mengeluarkan umat Islam dari mehnah dan fitnah mereka”.
Begitu juga dilaporkan pada setiap tahun lebih 2 juta orang yang berterawih dan berqiamullail di masjidil haram. Persoalannya kenapa doa-doa mereka ini yang dipohon kepada Allah dalam keadaan kyusuk dan tawaddu’ masih tidak dimakbulkan Allah? Tempatnya suci, masanya suci, hati-hati mereka adalah hati-hati yang khusyuk, lidah-lidah mereka adalah lidah-lidah yang bersih.Kenapa umat Islam masih dikepung musuh? Kena umat Islam masih diserang, dibunuh, dibom dan sebagainya? Bukankah umat ini berdiri di atas agama yang benar.
Jawab Al Qardawi’ “penerimaan Allah terhadap sesuatu doa ada syarat-syaratnya. Dari satu segi yang lain, makbulnya doa ada jangkamasanya, ada waktunya tertentu. Allah SWT akan makbulkan doa orang pada waktu yang dikehendakinya dan dengan cara yang dikehendakinya.”

1 comment: