Friday, 29 April 2011

nota untukmu sebagai petanda hatyku

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.", getus hati kecil asyraf yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.
asyraf merupakan seorang pegawai pemasaran di salah sebuah syarikat yang terkenal di negara ini.
"Hari-hari berhadapan dengan macam2 masalah..", bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus..hari-hari ditempat kerjanya kian merunsingkan sehingga asyraf menghidapi penyakit darah tinggi..pada suatu hary asyraf telah dijemput untuk mengahadiri forum yang bertajuk "bagaimana mengurangkan tekanan".dengan rela hati izhar mengahadirkan diri ke forum itu. 

"jodoh di tangan tuhan" terderik di dalam haty asyraf.huh terganggu kekhusyukkan asyraf mendengar suara lunak  seorang doktor yang solehah yang sedang memberikan hujahnya.. Sangat pendiam orangnya.
Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. 

izhar tertarik dengan keayuan doktor tersebut..dengan keberanian yang dia miliki dia bertekad untuk menulis sepucuk surat kepada doktor tersebut untuk menyatakan hasratnya.

Salam perkenalan buat dr.munirah


Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, asyraf


Wassalam saudaraku asyraf...


Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...


Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.


Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.


Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.


Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami..

~~alhamdulillah 

5 comments:

  1. knape name die munirah....
    bg la name yg sedap sikit..(^_^)

    ReplyDelete
  2. takleh la~~sebab nanty controvercy

    ReplyDelete
  3. ade satu name ko tak tuka jadi asyraf....
    tuka la name munirah tu jadi w*** ...hahaha
    (*just joking)

    ReplyDelete
  4. nape namanye kejap izhar kejap asyraf?hurm..musykil..

    ReplyDelete