Wednesday, 16 January 2013

Tinggi-tinggi gunung kinabalu (part 2)

jam 3.30 pagi, rombongan LOCUS dari CFSIIUM petaling jaya menjejakkan kaki di LCCT. kami bersama memunggahkan barang dari isi perut bas. aku tersenyum melihat wajah mereka yang bangkit dari lena yang singkat. haha. betul kata orang tua, "kalau nak lihat kecantikkan sebenar seorang wanita, lihat ketika dia bangkit dari tidurnya". itu bagi perempuan. haha.

aku yang hanya berjaga ditemani lampu malam di sepanjang perjalanan, masih segar dibuai dengan meeting, packing barang, ambil borang, cari sponsor dan bermacam lagi. babak lucu di dalam perjalanan ini terlihat, apabila aku ketawa berdekah-dekah dek dialog hashim nawwaf dengan muiz.

"abang tekan dahulu troli ini, baru boleh jalan" agak serius muiz mengajat hashim. " owh yeke?" sambil senyum tersipu malu. hahaha.kalau lah dialog ini boleh dijadikan punchline.

makanan diedarkan, yummy !!. nasi goreng lauk ayam goreng. perghhhhhh. makanan memang menyelerakan. tetapi, suasana keliling. "arghhhh pedulikan, perutku yang tough ini sudah kelaparan" getus hatiku. menikmati nasi goreng bersama kopi o ikat tepi. perghhhh.

bukan kami sahaja yang duduk seperti pengemis jalanan di LCCT, bahkan ramai lagi, ada yang tidur, ada yang lepak depan tv. ada yang senda gurau, dan ada yang berdiskusi, seperti aku. semuanya berjalan lancar seperti yang tercatat dalam master plan. check in luggage selesai.

"woiii ni IC sape muke macam kanak2 ribena" berdekah-dekah kami ketawa sambil melihat IC solihin. kahkahkah. jika dibandingkan mukanya didalam IC dengan wajahnya sekarang ini, bak langit dan bumi.

tepat jam 6.03 pagi kami solat subuh secara berjemaah, alhamdulillah jangkaan kami tepat pada masanya. master plan masih lagi terkawal. tiba masanya untuk menaiki pesawat.

"weyhh don boarding pass aku mana? aku letak sekali dengan roti dalam beg hang tadi" agak kalut solihin tanya don. haha. "weyh hangpa jangan main2 time camni" sambung solihin. "hang letak mana weyhhh, aduiii jammed panaih lagu nih" kata aku sambil ketawa melihat solihin kalut. "pi cari kat tandas, jom!!" ajak don.

aku berlalu pergi untuk menaiki pesawat, on the way nak naik pesawat aku  memriksa beg aku. ciskekkk sekali boarding pass dia ada dalam beg aku. pantas mengeluarkan baby J aku then call don. "weyhhh, boarding pass solihin ada kat aku" jerit aku dalam telefon kerana bunyi pesawat agak kuat. hahaha

adib, solihin, fadhil dan don. perghhhhh masih terasa kepenatan berlari ke platform yang hujung sekali. arghhhhhhhh. "penat siot!!!" jerit aku kepada don. kepenatan itu diubati dengan senyuman pramugari air asia.

aku terkesima, dalam hati "mengapa dia senyum dekat aku?" "adakah aku kacak?" pelbagai persoalan timbul di dalam benak hati. "arghhhhhhh lupakan sahaja" aku bermonolog.

tepat pada masanya kami pon terban~


aku ketika berada di LCCT. abam edward dah nak sampai


sesi menunggu penerbangan. haha

 
sayap air asia, yang membawa diri ini berjumpa dengan adik2 smaim

ketika perjalanan ini sempat ku nukilkan sebuah puisi untuk sahabat2.

wahai bumi di bawah bayu,
aku hadir untuk menyegarkan yang layu,
membajai diri anak jati tanahmu,
wahai bumi di bawah bayu,
walaupun aku yang kau tak kenali,
aku selalu memerhatikanmu,
tersergam indah kinabalu kau dianugerahi,
wahai bumi dibawah bayu,
biarpun aku yang asing,
aku selalu memikirkanmu,
ku percaya pada frasa "berbuat baik kepada sesiapa sahaja"
terimalah kehadiranku wahai KINABALU


Tuesday, 15 January 2013

Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu (part 1)

"sorang bace doa !!" jerit rahman ketika berada di dalam bas. maka terdirilah hashim nawwaf membacakan doa diikuti dengan sahabat2 yang lain menadah tangan dengan penuh kekhusyukan seakan-akan kami pergi tidak akan kembali. hati dan perasan  berbaur dengan campuran perasaan, suka, risau, takut, gembira , gelabah dah bermacam lagi.  aku seperti dapat membaca hati dan perasaan mereka. brothers seperti menantikan bidadari sabah. manakala sisters seakan2 terbayang beg yang berbondong-bondong yang mereka bakal bawa pulang. haha

di suatu sudut di dalam bas IIUM aku termenung seketika, rasa tak percaya setelah penat lelah MEREKA berkorban untuk merealisasikan BAKTISISWA ini atau lebih dikenali sebagai LOCUS, akhirnya kami sudah berada di KLIMAKS perancangannya. ketika ini Fadhil sebagai supreme chief nampak tenang mengawal keadaan. sepertinya dia WALK THE TALK. semuanya berjalan seperti yang telah diaturkan didalam MASTER PLAN. ALHAMDULILLAH

dari sudut pandangan jendela bas, aku melihat betapa bertanggungjawabnya zulfahmi menjalankan tugas sebagai head biro katering, tiba2 hatiku terasa pedih, seakan selumbar berada di dalam daging. "arghhhhhhhhhh" aku mengerang keseorangan. bukannya sakit pada zahirnya. tetapi terbayang akan diriku ini sebagai seorang ASISSTANT kepada abdul rahman.

"adakah aku bertanggungjawab ?" mula mencari di mana salahnya diri aku ini, diriku mula untuk bermonolog . suasana sunyi bertukar riuh sejurus firdaus mengambil tempat di sebelahku. aku lebih selesa memanggil firdaus dengan panggilan don. nampak agak lucu tetapi mukanya seiras muka ustaz don danial.

sepanjang perjalanan ke LCCT aku berborak dengan don. hampir setiap perkataan yang dikeluarkannya boleh menjadi punchline kepada kami. walaupun begitu sebagai seorang HEAD kepada biro pub pro beliau amat serius dalam menyiapkan kerjanya. " don hang dah siapkan video presentation ka blom?" tenang aku soal don. "blom" dengan SLUMBER don menjawab.

lampu-lampu jalan menemani aku termenung sepanjang perjalan. ada ketika aku terlelap dengan suasana yang agak bosan. mengenangkan diri ini yang tidak layak berada di dalam bas pada ketika itu kerana masih mencari  "DIMANAKAH SUMBANGANKU TERHADAP PROGRAM INI"



                                                             don aka firdaus
~

Monday, 21 May 2012

memories peeps~

dear brothers and sisters, what's up?
i'm here to tell you about last week activity with my bloody crazy friend.
haha. last week i spent my time with my ex schoolmate.
 kaboommm!! batch 48.
reunion plus teachers day celebration *even late three days*


peeps~ members of 48 who attended the reunion last week. haha. *perangai tak berubah




gathering at PADANG POLO~ haha. *masing2 becerita bab "fly" kat tempat nih. haha. and i adore this plas so much cause of something nostalgic. haha





we are izzuddinians and now UIA student~ *lagi dua tak datang zaid and acap




dekat sekolah, surprise to our teachers. haha

al fadhil ustaz yusof!! ustaz syariah islamiah.
haha.
minta maap ustaz time syariah saye kuat tido


cikgu dasuki~ perghhh

madam english ~haha
seronok borak. anak dia nak masuk UIA.
mai2 econs
inilah cikgu disiplin kami. alfadhil ustaz ahmad zaki
kalau sebat pungkoq. perghhh sakitnye pon hadoi
banyak kes pukul aku yang telah dihukum.

alhamdulillah. setelah dua tahun kami keluar izzuddin
akhirnya ustaz ketemu jodoh.
moga berbahagia ustaz naim

hanya mampu menghadiahkan dua biji kek.

berborak bersama guru

inilah asset terpenting sekolah izzuddin shah.
alfadhil ustaz fahmi.
we lap u ustaz. haha
tag line ustaz: "peraturan tetap peraturan"
umi kami, ustazah aliah.

bakal ustaz IPG. al fadhil ustaz azri hazwan. haha
akhlak haruslah dijaga.
makan mee pom sopan santun
adinin takiudin. haha
rambut dah macam hafiz awan nano. haha
terkezot cikgu tengok.
muiz. mak aih perot.
jejak kasih the movie
macho gilax student baju oren nih. haha
perghhh. hotstuff

petang tuew kitaorang frenzly~haha
ex sis vs student sis
warm up

maen2 kejap

pasukan simpanan sahaja!! kahkah
gambo nak macho

penonton

macam ronaldo la mamat nih~ haha


suboh~ haha
terkenang

ok la guys~ jangan diucap selamat tinggal atas perpisahan ini, semoga kita berjumpa lagi. reunion kali seterusnya insyaALLAH akan diadakan lagi.
tapi ingat deal kita. 10 tahun lagi reunion pulak dengan bini. KUI2

"sabarlah wahai hati"
terdetik di hati ayat ini ketika bersama dengan izzuddinians. coz the love start from the school. from enemy to something special. haha
insyaALLAH you will be mine.






















Wednesday, 16 May 2012

the feels behind the teachers day!!

16 may 2012~ apa yang ada dengan tarikh ni?
woot woot!!
 HAPPY TEACHERS DAY
i'm the one who have been chosen to be born as a teachers son
both of my ma and pa is teachers meyh!!
but me~ aha
i'm sorrry. i celebrate it myself.

sebenarnye ayah aku nak sangat aku jadi cikgu, masih ku ingat dialog nih

dad: angah keputusan ipg dah kuar ke belom?
me: belom abah. tapi angah dah dapat uia.
dad: tunggu keputusan ipg kuar. nanti kamu wat keputusan.

then bila keputusan ipg kuar,

dad: meh sini abah nak bincang
me: ok.
dad: sekarang kamu dapat dua2 uia ngan ipg
me: abah nak angah masuk mane?
dad: ikut kamu la. tapi abah lagi suke masuk ipg. cuti banyak, keje dah confirm, elaun dapat.
me: owh. tapi angah nak masuk uia. ipg tak mencabar la. pointer tinggi mane pom jadi cikgu gak.kalau   camtu maleh blajo pon tape.
dad: ikut kamu la.
me: bagi mase jap.

*actually lots of argument have been discussed at the moment . haha 
the result yeah. i'm here UIA.


by the way~ mr ash nak ucapkan SELAMAT HARI GURU
thanx to EMAK dan ABAH sebab bagi peluang belajar kat UIA.
okay guys i'm MUHAMMAD ADIB ASYRAF, undergraduate student of CFSIIUM ECONS


happy teachers day mak n abah!!



pesanan kepada fourtyeight clanz!! jumaat ni kasi gegar!!
haha.
masih ingatkah anda pada boria kami sewaktu hari guru.
masih ingatkah anda pada dikir barat kami sewaktu hari guru~
friendship that you can keep!!

o'oh ALLAH everday i make dua' "jodohkanlah aku dengan dirinya"

Friday, 11 May 2012

pheuww~ sarcastic

hello guys!! what's up?
i'm home now~ woot woot
for this sem break :
~ no sleep at 12. just after 2 or 3
~ no need a mug of hot chocolate  for studying!!
~ no no no!! and no!!

"absolutely!! cats not cute at all, i can't stand with its smelly and annoying 'chocolate cake' "

haha. i know lots of people will angry with me. but i'm just kidding. 

Dari Abu Zar r.a :- Rasulullah s.a.w bersabda :
 "Senyum kepada saudara (muslim)mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseorang yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyinkirkan batu-batu, duri-dudri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah".
 [Riwayat At-Tirmizi]




Tuesday, 22 November 2011

diari AWAN MENDUNG


deruman air terjun yang dingin amat menenagkan jiwa, termenung keseorangan AWAN 
MENDUNG memerhatikan jernihnya air yang menderu laju meneruskan perjalanan walaupun dihalang batu raksaksa.dalam ketenangan itu, AWAN MENDUNG terlamun untuk turun 
menemani AIR JERNIH yang berjuang keseorangan melawan batu raksaksa.

di utus puisi untuk AIR JERNIH melalui angin yang sentiasa menjadi utusan.

mendengar
 apa yang tidak dikatakan
mengerti
apa yang tidak
dijelaskan
tidak ia hadir dari
bibir 
lidah
atau fikiran
melainkan hati yang ingin menyatakan


tersenyum sipu AIR JERNIH mendengar angin yang membacakan utusan.hendak dibalas AIR JERNIH agar AWAN MENDUNG tiada kerisauan. AIR JERNIH mula memikirkan untuk membalas utusan. diukir tulisan di atas daun yang jatuh berguguran.

aku hanya mampu 
memeluk rasa
memeluk 
mimpi yang senja kalbu
meniti harapan fajar kelana
tiada siapa yang tahu
apa yang bakal berlaku
aku berserah pada ALLAH yang satu.

diterbangkan daun yang penuh ukiran oleh angin yang selalu menjadi utusan.sampai di baca AWAN MENDUNG. mula memikirkan sesuatu dan akhirnya tersengih malu.

bertahun lama AWAN MENDUNG menyimpan hasratnya.kini AIR JERNIH sudahjauh berkelana tetapi masih diperhatikan AWAN MENDUNG. khabaran tentang AIR JERNIH sering diikutinya. angin sentiasa menjadi reporter.

bertahun lamanya AWAN MENDUNG menanti kembali ke bentuk asalnya. ingin turut bersama AIR JERNIH. tetapi apakan daya. teringat puisi yang dipahat di hatinya.

hitam dan putih 
lain warnanya
baik dan jahat 
berbeza perangainya
sememangnya bunga ada kumbangnya
sudah mesti
kumbang bukan seekor
juga bunga bukan sekuntum.
tetapi 
kumbang ada bezanya
juga bunga
walaupun bukan sekuntum
tetapi WANGI tidak serupa.

AWAN MENDUNG masih menanti apa yang bakal terjadi.

Friday, 18 November 2011

indahnya makna

"The fish trap exists because of the fish.  Once you've gotten the fish you can forget the trap.  The rabbit snare exists because of the rabbit.  Once you've gotten the rabbit, you can forget the snare.  Words exist because of meaning.  Once you've gotten the meaning, you can forget the words.  Where can I find a man who has forgotten words so I can talk with him? "

hidup mempunyai makna yang tersendiri
jiwa juga disertai naluri merasai apa yang hendak dierti.
ibadah juga mempunyai lafaz yang tersendiri
yang pasti bukan bahasa bonda ku ini.
tetapi harusku mengerti agar jiwa dan naluri seiring merasai.

terkadang jiwa ini mamai di pagi hari
bangkit subuh menghadap ilahi
tetapi 
tubuh yang menghadap tuhan ini
tidak mengetahui
dan
mengerti apa yang dituturi.
bagaimana hendak menyelami kebesaran ilahi.
jika makna tidak diketahui




Makna Bacaan Doa Qunut


Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

jika remaja hari ini mengetahui makna doa ini
jika hari ini doa ini dijiwai
hari pastinya bermula dengan indah sekali
tetapi
remaja hari ini lebih mengetahui cinta kepada perempuan yang tidak ingin dinikahi
cinta kepada kekasih amat dijiwai

bersama renungkan guys!!